nuffnang

Thursday, June 16, 2016

Grab n Go trip Ho Chi Minh City

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru je selepas trip dari HCM minggu lepas. Tapi trip kali ni grab n go je. Maksud grab n go ialah trip pegi beli barang dan balik. Trip ini memakan masa 2 hari 2 malam je. Destinasi ni mmg popular di kalangan para traveler dan juga peniaga2 kain tudung dan macam2 lagi.

Xde ape sgt yang hendak diceritakan malah ramai juga yang dah tahu apa yang ada di HCM ni. X lupa kepada kopi vietnam. Ternyata memang sedap seperti yang digembar-gembur di dalam blog2 yang telah saya baca. Memang salah satu item yang patut di cuba ketika disana. X lupa juga sandwich Vietnam yang boleh tahan la sedap dan kenyang.
nama kopi ni kopi sedap....memang sedap pun

roti sandwich Vietnam...sedap....4 ringgit

Seperti yang rakan2 tahu mengenai HCM atau Vietnam, mmg x leh lari dari scammers dlm erti kata lain kene tipu. Kami terkena pada pemandu teksi motor.

Modus operandi yang digunakan ialah seperti berikut
-menunjukkan review2 pelanggan yang telah menggunakan khidmat beliau (memang semuanya positif)
-memberitahu caj adalah sebanyak 150,000.00 dong untuk 3 jam (lebih kurang RM30)
-mempunyai peta lokasi hot spot di HCM
-ada contact dengan gudang untuk shopping kain dan tudung.
salah seorang customer yang telah meninggalkan review yang menarik..(terpengaruh juga)
naik motor round2 bandar HCM

Pada mulanya beliau memberikan pekhidmatan yang baik serta nasihat2 bg mengelakkan kejadian yang x diingini berlaku. Setelah selesai membawa kami ke tempat yang kami hendak pergi, kami dibawa ke kedai runcit untuk minum2. Dan beliau menyuruh kami menuliskan review tentang perkhidmatan beliau. Opkos la tulis yang baik sbb memang baik servis nya. Ketika hendak mengambil gambar bersama, beliau mengelak dan kami berasa ada yang x kene dengan situasi tersebut.
Ni la pemandu taxi motor tersebut (maaf pak cik...sbb x berbaloi bayaran tambang tu)

Setelah itu, proses membuat bayaran dibincangkan dan beliau menyatakan setiap seorang perlu membayar 1,500,000 dong (RM 300) 10 kali ganda dari jumlah yang dipersetujui. Kami terkejut dan menyatakan itu bukan jumlah yang telah diberitahu. Beliau terus mengeluarkan flyers dan menunjukkan harga yang sebenar yang dia x beritahu. Kami terkedu dan cuba berkeras untuk tidak membayar jumlah tersebut. Tapi memikirkan baru-baru ni byk tragedi yang  menimpa rakyat Malaysia disini, kami terpaksa membayar dan dapat la nego harga tersebut. Seorang perlu bayar 1,000,000 dong ( RM 200)

Dahla kene tipu, minum pun bayar sendiri...(demmm) pastu x nak hantar kami ke hotel sebaliknya dia hantar kami balik ke pasar ben tanh. Hilang mood terus nak shopping sbb bajet lari dan terus balik hotel.

Pengajaran disini, untuk mengelakkan ditipu, gunakan la bas atau jalan kaki sahaja di HCM ini. Sebab teksi pun ada juga yang pernah kene. Di sini segala urusan boleh disebabkan ditipu, baik beli makanan jalanan, kain dan lain2 lagi. Berhati2 lah ketika di HCM.

p/s: tiket flight percuma?? klik sini